Pertandingan Bowling PPKI SMK Tun Ismail yang berlangsung pada 20hb Februari 2014 ini diadakan dengan tujuan untuk meningkatkan kemahiran sosialisasi dan kemahiran fizikal pelajar pendidikan khas di sekolah ini.
Seawal jam 9 pagi semua pelajar, guru dan ppm telah bertolak di Delima Bowl Summit Parade, Batu Pahat. Sememangnya kami semua tidak sabar untuk bermain bowling terutamanya anak-anak khas ini. Pertandingan ini dibahagikan mengikut beberapa kategori antaranya kategori lelaki dan perempuan senior, lelaki dan perempuan junior, kategori down sindrom dan kategori cacat penglihatan.
Aktiviti ini berlangsung dari pukul 10.00 pagi hingga 12.30 tenghari. Kesemua pelajar bermain dengan penuh semangat dan bekerjasama.Penutupan majlis ini diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada setiap pemenang dan penyampaian cenderahati kepada pihak Delima Bowl.
No comments:
Post a Comment