Pada 10hb April 2014 yang lalu, Program Pendidikan Khas Integrasi ( PPKI) SMK Tun Ismail telah menjalankan aktiviti lawatan ke Wet World Batu Pahat. Bertapa terujanya anak-anak khas ini kerana dapat bermain air dan bermandi-manda.hehe..Sebelum jam 9.00 pagi, rombongan kami tiba di destinasi. dan para pelajar diberi taklimat keselamatan oleh jurulatih yang bertugas. Lokasi-lokasi yang boleh digunakan dan kawasan-kawasan larangan diterangkan satu persatu oleh jurulatih renang tersebut. Kumpulan pelajar dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pelajar lelaki dan kumpulan pelajar perempuan. Mereka diasingkan lokasi renang mengikut bahagian kolam.
Pelbagai aktiviti bebas yang dilakukan oleh mereka seperti meluncur di papan gelungsur, meniti jambatan tali, renang gerak bebas dan bermain bola. Para pelajar amat teruja dan seronok.Jam 12.00 kami bertolak pulang dan tiba di sekolah jam 1.00 tengah hari. Berikut adalah gambar-gambar keterujaan mereka!
No comments:
Post a Comment