Pertandingan Pentanque Pendidikan Khas Peringkat Daerah Batu Pahat telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 16 dan 17 Mei 2014 bertempat di Padang Pentanque Majlis Perbandaran Batu Pahat. Acara ini bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 4.00 petang dan melibatkan seramai 10 orang pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Tun Ismail.
Para atlit bergerak ke tempat berlangsungnya acara dengan dengan semua kelengkapan yang diperlukan. Para peserta bertanding serentak di mana setiap gelanggang disertai seorang pemain dengan 3 boule sahaja dan seorang pencatat.
Pasukan PPKI SMK Tun Ismail telah menghantar peserta bagi kategori perempuan dan lelaki senior, kategori perempuan dan lelaki junior, kategori sindrom down dan cerebral palsy terbuka. .
No comments:
Post a Comment