Pada 18hb Februari 2014 Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Tun Ismail telah mengadakan Program Tayangan Amal dan Lawatan Sambil Belajar ke MBO Cinemas BP Mall . Betapa terujanya mereka untuk menonton wayang..Al maklumlah belajar di dalam kelas je mereka ini sudah merasa bosan..Apa salahnya kan kalau kita bawa mereka untuk aktiviti luar..Sekurangnya mereka dapat memperbaiki kemahiran sosial antara satu sama lain..cewahhhh..Aktiviti utama program ini adalah untuk menonton tayangan cerita bertajuk ‘Robocop’. Aktiviti tayangan dan lawatan ke panggung-panggung yang terdapat di situ disertai oleh l4 belas orang guru, 5 orang pembantu pengurusan murid dan lapan puluh enam orang pelajar Pendidikan Khas, SMK Tun Ismail.
Sebelum bertolak ke BP Mall, pelajar telah diberi taklimat oleh setiausaha program iaitu En. Shamsulhafizi Bin Ahmad. Setelah makan tengahari di kantin sekolah, pelajar dan guru bertolak ke MBO Cinemas dan mula menonton wayang pada jam 1.00 petang Pelajar juga dibawa melawat ke sekitar kawasan panggung wayang dan diberi sedikit penerangan. Kehadiran warga PPKI SMK Tun Ismail telah disambut mesra oleh kakitangan MBO. Lawatan diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati kepada pengurus MBO iaitu En. Airil dan sesi bergambar kenangan. Pelajar bertolak pulang ke sekolah sekitar pukul 3.00 petang. Jom kita lihat wajah-wajah keseronokan anak-anak pend.khas ni.....
No comments:
Post a Comment