Sambutan hari kemerdekaan adalah sambutan yang diadakan diseluruh Malaysia bagi mengingati Malaysia mengecap kemerdekaan. Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Tun Ismail juga tidak ketinggalan dalam menyambut bulan yang penuh bermakna ini sejajar dengan objektif utama yang ingin diterapkan pada pelajar PPKI iaitu mengingati tarikh 31 Ogos iaitu tarikh kemerdekaan Malaysia. Aktiviti sambutan hari merdeka ini bermula 24 Ogos hingga 01 September 2014. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan Jahitan Membuat Bekas Tisu, Sukaneka, Tayangan Amal Bulan Kemerdekaan, Pertandingan Memasak, Pertandingan Mewarna, Program Terapi Solat. Pertandingan Keceriaan Kelas dan sebagainya.
Pelajar diagihkan kepada 6 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 9 hingga 10 orang pelajar yang mempunyai kepelbagaian kemahiran dan masalah yang berbeza. Tujuan pelajar dibentuk dalam kumpulan yang mempunyai kepelbagaian adalah supaya pelajar saling melengkapi antara satu sama ketika menjayakan sesuatu aktiviti atau tugasan berkumpulan. Dengan adanya aktiviti seperti ini membuatkan pelajar berasa seronok untuk melakukan pelbagai aktiviti dan dapat membentuk keyakinan diri pelajar.
No comments:
Post a Comment