Kata-Kata Pujangga

"ORANG YANG PALING GAGAL DALAM HIDUP ORANG YANG TIDAK CEKAP MEBUAT APA YANG DISURUH,DAN ORANG YANG MEMBUAT HANYA APABILA DISURUH"-Luqman Hakim

Tuesday, 11 November 2014

Marhaban PPKI SMK Tun Ismail 2014

Pada 12-19 Ogos yang lalu, Program Pendidikan Khas Integrasi, SMK Tun Ismail telah mengadakan Program Marhaban ke rumah para pelajar Pendidikan Khas, guru dan  AJK Badan Permuafakatan. Program ini adalah kesinambungan   daripada program marhaban yang telah dianjurkan pada tahun-tahun yang lepas.Program marhaban ini bertujuan untuk mewujudkan hubungan silaturahim yang erat di antara ibubapa pelajar dengan guru-guru dan pembantu pengurusan murid Program Pendidikan Khas Integrasi, SMK Tun Ismail. Antara objektif program ini diadakan adalah untuk membina suasana kemesraan dan hubungan erat antara guru, pelajar dan ibubapa, memberi pendedahan kepada pelajar tentang kemahiran bersosial dan berkomunikasi dengan masyarakat setempat dan mewujudkan kerjasama antara pihak sekolah dan ibubapa penjaga.





No comments:

Post a Comment