Kata-Kata Pujangga

"ORANG YANG PALING GAGAL DALAM HIDUP ORANG YANG TIDAK CEKAP MEBUAT APA YANG DISURUH,DAN ORANG YANG MEMBUAT HANYA APABILA DISURUH"-Luqman Hakim

Tuesday, 11 November 2014

Jamuan Hari Raya & Sambutan Hari Lahir PPKI SMKTI 2014

Pada 7 Ogos 2014, Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Tun Ismail telah mengadakan jamuan hari raya aidilfitri, penutupan  bulan kemerdekaan dan sambutan hari lahir  untuk warga PPKI . Majlis ini telah   diadakan di Blok Pengurusan Diri, Kelas Penyayang. Majlis ini telah dimeriahkan dengan kehadiran pihak    pentadbir dan guru-guru SMK Tun Ismail .Matlamat program ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim khususnya dalam komuniti jabatan pendidikan khas dan amnya antara warga sekolah dengan warga pendidikan khas. Majlis ini juga untuk  meraikan guru-guru dan pelajar pendidikan khas yang menyambut hari lahir pada bulan ini. Majlis dimeriahkan juga dengan tayangan video dan penyampaian hadiah kepada para pelajar dan guru yang menyambut hari lahir pada bulan berkenaan. Acara memotong kek turut diadakan untuk menyerikan lagi majlis ini. Diharap agar majlis ini akan terus dilaksanakan di masa hadapan.





No comments:

Post a Comment