Selasa, 28 Oktober 2014, merupakan tarikh berlangsungnya Hari Penyampaian Hadiah PPKI SMK Tun Ismail. Majlis tahunan yang diadakan pada setiap tahun ini bermula pada tahun 2008. Pada tahun ini, majlis yang bersejarah ini telah diadakan di Dewan SMK Tun Ismail.
Majlis Penyampaian Hadiah Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Tun Ismail Kali ke-7 ini telah bermula dengan ketibaan perasmi iaitu Tn Pengetua SMK Tun Ismail Tn. Hj Ahmad Bin Isman. Objektif majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Ismail, Parit Raja yang cemerlang dalam kegiatan kokurikulum dan akademik.
Selain itu, majlis ini turut memberi penghargaan kepada para guru dan pembantu pengurusan murid yang banyak memberi sumbangan kepada program ini. Di samping itu, majlis yang diadakan setiap tahun ini juga dapat mengeratkan silaturrahim antara warga PPKI SMK Tun Ismail dengan komuniti tempatan, Pejabat Pelajaran Daerah, pihak sekolah dan ibu bapa.