Kata-Kata Pujangga

"ORANG YANG PALING GAGAL DALAM HIDUP ORANG YANG TIDAK CEKAP MEBUAT APA YANG DISURUH,DAN ORANG YANG MEMBUAT HANYA APABILA DISURUH"-Luqman Hakim

Monday, 8 September 2014

Pertandingan Bola Jaring 3 On 3 Pendidikan Khas

Pada 21hb Mei 2014, bertempat di padang SMK Semerah telah berlangsungnya Pertandingan Bola Jaring 3 On 3 Pendidikan Khas Peringkat Daerah Batu Pahat. Pertandingan yang diadakan ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat yang melibatkan penyertaan dari seluruh program pendidikan khas integrasi sekolah menengah dan sekolah rendah di daerah ini. Program telah bermula seawal jam 8.00 pagi dengan sesi penyertaan pada tahun ini amat memberangsangkan dengan 6 buah sekolah telah mengambil bahagian bagi kategori senior dan 4 buah sekolah bagi kategori junior. Majlis penutupan rasmi berlangsung pada jam 12.30 tengahari dengan    bacaan doa dan ucapan pengerusi pengelola.
SMK Tun Ismail turut berjaya menjadi johan bagi kategori Senior Terbuka. 3 orang pelajar dari SMK Tun Ismail telah terpilih untuk mengikuti latihan pusat ke peringkat negeri.Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya dan jurulatih Cik Safiah Bt Sudin atas kemenangan yang diperolehi.






Alhamdulillah..

wajah-wajah ragam setelah memperoleh kemenangan,,hehe


Pertandingan Pentanque Pendidikan Khas Peringkat Daerah

Pertandingan Pentanque Pendidikan Khas Peringkat Daerah Batu Pahat telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 16 dan 17 Mei 2014 bertempat di Padang Pentanque Majlis Perbandaran  Batu Pahat. Acara ini bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 4.00 petang dan melibatkan seramai 10 orang pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Tun Ismail.
               Para atlit bergerak ke tempat berlangsungnya acara dengan dengan semua kelengkapan yang diperlukan.  Para peserta bertanding serentak di mana setiap gelanggang disertai seorang pemain dengan 3 boule sahaja dan seorang pencatat.
Pasukan PPKI SMK Tun Ismail telah menghantar peserta bagi kategori perempuan dan lelaki senior, kategori perempuan dan lelaki junior, kategori sindrom down dan cerebral palsy terbuka. .





Semarak Islam Peringkat Daerah Batu Pahat


Pada tarikh 2hb Mei 2014, program Semarak Islam Peringkat Daerah Batu Pahat telah diadakan bertempat di SMK Dato’ Sulaiman, Parit Sulong, Batu Pahat. Program ini juga merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh unit pendidikan khas Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat. Program ini melibatkan penyertaan daripada program pendidikan khas integrasi dari sekolah-sekolah menengah dan rendah di sekitar daerah Batu Pahat.
              Pelbagai acara telah dipertandingkan pada program kali ini antaranya pertandingan nasyid kategori menengah dan rendah, pertandingan tilawah al-Quran kategori menengah dan rendah lelaki dan perempuan, pertandingan hafazan, pertandingan azan, pertandingan tulisan khat dan pertandingan bercerita.
Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Tun Ismail telah menghantar wakil dalam beberapa acara iaitu pertandingan nasyid, tilawah al-Quran (P) senior, dan kumpulan nasyid SMK Tun Ismail telah berjaya meraih naib johan bagi pertandingan nasyid . Selain itu, peserta pertandingan bercerita kisah nabi perempuan senior, Ani Maisarah Bte Nornizam telah mendapat tempat kedua. Begitu juga dengan peserta azan iaitu Irfan Haziq yang berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut.
 
Sebelum..

cikgu Shamsul melatih nasyid

Azwana Alya



Anie Maisara tempat ke.3 dalam kategori bercerita kisah Nabi



Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas Peringkat Daerah

Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Peringkat Daerah Batu Pahat telah berlangsung pada 10 dan 11 Mac 2014 di IPG Tun Hussien Onn, Batu Pahat. Acara bermula seawal jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang di bawah anjuran unit pendidikan khas Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat. Seramai 31 orang peserta telah mewakili kontinjen PPKI SMK Tun Ismail.
 
Yeayyy..Ibnu berjaya!!

Rejab membantu Ah Meng dalam larian



lompat tinggi-tinggi


Kontinjen SMK Tun Ismail telah berjaya meraih beberapa kemenangan iaitu pingat gangsa bagi acara lontar peluru dan lempar cakera (L) senior, pingat emas bagi acara lompat tinggi (P) senior, pingat perak bagi acara lari 100m (L) junior, pingat gangsa bagi acara lari 200m (L) junior,pingat perak bagi acara 100m dan 200m (P) senior.

Mesyuarat Badan Permuafakatan & Majlis Menandatangani RPI

Mesyuarat Agong  Badan Permuafakatan Kelas Penyayang  telah diadakan  di makmal komputer SMK Tun Ismail pada 5hb April 2014 yang lalu. Mesyuarat ini telah dihadiri  oleh ibu-bapa, guru-guru PPKI SMK Tun Ismail serta Pengetua SMK Tun Ismail selaku penaung kepada Program Pendidikan Khas Integrasi ini.
              Majlis telah bermula jam 8.00 pagi dengan bacaan doa dan ucapan alu-aluan oleh GPK Pendidikan Khas. Selepas itu, hadirin ditayangkan dengan multimedia tentang aktiviti program yang telah dijalankan. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Pengerusi Badan Permuafakatan dan Tuan Pengetua.  Mesyuarat Badan Permuafakatan sesi 2014/2015 diadakan pada jam 10.00 pagi dengan membincangkan pelbagai hal-hal kebajikan pelajar, ibu bapa dan guru pendidikan khas.  Majlis menandatangani RPI antara guru dan ibu bapa berlangsung pada jam 11.30 dan pagi.

 
hadiah cabutan bertuah..sapelah yang bertuah ni,,


Tn.Pengetua merasmikan Taman Pertanian P.Khas




Mesyuarat menandatangani RPI


Friday, 5 September 2014

Perkhemahan Pengakap PPKI SMK Tun Ismail

Banyak betul program yang telah dijalankan di PPKI SMKTI..Pastinya kesemua program yang telah dijalankan telah berjalan dengan jayanya.Pada bulan berikutnya Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Tun Ismail telah mengadakan program perkhemahan bersepadu pengakap pendidikan khas pada 15,16, dan 17 April 2014. Bertempat di Telok Gorek Chalet & Camp Site Mersing, Johor.
Program ini telah menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik antaranya  aktiviti ’ice breaking’, persembahan spontan berkumpulan, senamrobik, dan jungle trecking di Gunung Arong.. Aktiviti yang dijalankan amat bermanfaat bagi meningkatkan kemahiran komunikasi pelajar di samping meningkatkan keyakinan diri pelajar untuk hidup berdikari. Walaupun mereka ini adalah pelajar pendidikan khas tetapi itu bukanlah alasan untuk mereka tidak menyertai pelbagai aktiviti yang bersesuaian dengan tahap keupayaan mereka.     
             Pelajar banyak menjalankan aktiviti secara berkumpulan bagi memupuk  semangat berpasukan dan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar-pelajar dan juga guru.
Majlis penutup telah dirasmikan oleh GPK Pendidikan Khas yang juga telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang.