Tanggal 22 Januari 2015 telah berlangsungnya Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah. Program Pendidikan Khas Integrasi(PPKI) turut terlibat sama. Guru-guru rumah sukan menyediakan nombor badan dan atlet PPKI. Terdapat 4 kategori dipertandingkan iaitu Lelaki Junior, Perempuan Junior, Lelaki Senior dan Perempuan Senior. Semua guru dan murid saling bekerjasama sepanjang program dilaksanakan bermula awal pagi semua murid aliran perdana dan murid PPKI serta guru-guru berkumpul di padang sekolah. Semua warga sekolah mengikuti aktiviti senamrobik diikuti oleh ucapan dari Pengetua, Tn. Hj. Ahmad B. Isman dan perasmi iaitu YDP PIBG En. Majdan B. Jamain
Selepas itu murid-murid dilepaskan mengikut kategori termasuk murid PPKI di hadapan Dewan SMKTI. Guru-guru PPKI yang terlibat menjaga check point memastikan murid yang menyertai larian diberi kad menandakan mereka lalu di check point tersebut. Sementara Pn. Normaziah Bt. Bonnijan dan Hjh. Nur Asarnyza Bt. Md Zam ditugaskan mencari pemenang dan mencatat nama pemenang di dalam borang yang disediakan oleh Unit Sukan Sekolah.
Selepas acara larian tamat dan murid telah rehat, semua murid berkumpul di Dataran Ilmu untuk sesi pembahagian hadiah mengikut kategori masing-masing. Bagi murid yang berjaya diucapkan TAHNIAH...bagi yang tidak berjaya boleh cuba di tahun depan.....Majulah Sukan PPKI
No comments:
Post a Comment