SPEED SMK TUN ISMAIL
Lets bygones,be bygones....
Kata-Kata Pujangga
"ORANG YANG PALING GAGAL DALAM HIDUP ORANG YANG TIDAK CEKAP MEBUAT APA YANG DISURUH,DAN ORANG YANG MEMBUAT HANYA APABILA DISURUH"-Luqman Hakim
Wednesday, 18 March 2015
SEMARAK ISLAM PPKI PERINGKAT DAERAH BATU PAHAT TAHUN 2015
Pada hari Rabu, 11 Mac 2015 bertempat di SMK Yong Peng telah berlangsungnya Semarak Islam PPKI Peringkat Daerah Batu Pahat. Kontinjen SMK Tun Ismail diketuai oleh En. Ruhaizad B. Hj. Muhd Reduan telah menghantar sebanyak 5 acara iaitu Azan Lelaki Senior(dipimpin oleh Pn. Mardhiah Hayati Bt. Rahim), Bercerita Lelaki dan Perempuan Senior (dibimbing oleh Hjh.Nur Asarnyza Bt. Md Zam dan Pn. Siti Aminah Bt. Kasim), Tilawah Al-Quran Perempuan Senior dan Junior(dipimpin oleh Pn. Mardhiah Hayati Bt. Rahim), Pakaian Beragam Down Sindrom (dibimbing oleh Pn. Siti Fatimah Bakhtiar) dan Mewarna Down Sindrom (dibimbing oleh Pn. Noralizan Bt. Kamari).
PPKI SMKTI telah memperolehi beberapa kejayaan antaranya Johan Bercerita Perempuan Senior dimenangi oleh Nurin Syafika Bt. Mahazan, Azan Subuh pula Naib Johan yang dimenangi oleh Mohd Irfan Haziq, Tempat kedua Pakaian Beragam Sindrom Down iaitu Nursyaqah Bt. Ali dan tempat ketiga Mewarna Sindrom Down dimenangi oleh Mohd Farhan.
Adik Nurin Syafiqa Bt. Mahazan akan mewakili daerah Batu Pahat untuk ke peringkat negeri yang akan diadakan di Pontian, Johor. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan guru-guru yang melatih. Semoga wakil dari PPKI dalam pertandingan bercerita akan memperolehi kejayaan. Amin..................
KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PPKI TAHUN 2015
Pada 17 Februari 2015 telah berlangsungnya Kejohanan Balapan dan Padang PPKI 2015 bertempat di padang SMK Tun Ismail. Sebelum itu pada 11 dan 12 Februari 2015 telah diadakan beberapa acara terdahulu iaitu lontar peluru dan lompat jauh. Pada hari kejohanan terdapat beberapa acara yang dipertandingkan iaitu 100m Lelaki, 100m acara terbuka, 3x50m lelaki dan perempuan. Semua rumah sukan PPKI telah menghantar penyertaan mengikut acara yang dipertandingkan.
Berikut adalah senarai pemenang bagi acara terdahulu dan pada hari kejohanan.
Kejohanan Merentas Desa PPKI 2015
Tanggal 22 Januari 2015 telah berlangsungnya Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah. Program Pendidikan Khas Integrasi(PPKI) turut terlibat sama. Guru-guru rumah sukan menyediakan nombor badan dan atlet PPKI. Terdapat 4 kategori dipertandingkan iaitu Lelaki Junior, Perempuan Junior, Lelaki Senior dan Perempuan Senior. Semua guru dan murid saling bekerjasama sepanjang program dilaksanakan bermula awal pagi semua murid aliran perdana dan murid PPKI serta guru-guru berkumpul di padang sekolah. Semua warga sekolah mengikuti aktiviti senamrobik diikuti oleh ucapan dari Pengetua, Tn. Hj. Ahmad B. Isman dan perasmi iaitu YDP PIBG En. Majdan B. Jamain
Selepas itu murid-murid dilepaskan mengikut kategori termasuk murid PPKI di hadapan Dewan SMKTI. Guru-guru PPKI yang terlibat menjaga check point memastikan murid yang menyertai larian diberi kad menandakan mereka lalu di check point tersebut. Sementara Pn. Normaziah Bt. Bonnijan dan Hjh. Nur Asarnyza Bt. Md Zam ditugaskan mencari pemenang dan mencatat nama pemenang di dalam borang yang disediakan oleh Unit Sukan Sekolah.
Selepas acara larian tamat dan murid telah rehat, semua murid berkumpul di Dataran Ilmu untuk sesi pembahagian hadiah mengikut kategori masing-masing. Bagi murid yang berjaya diucapkan TAHNIAH...bagi yang tidak berjaya boleh cuba di tahun depan.....Majulah Sukan PPKI
Thursday, 5 March 2015
Hari Pendaftaran Murid Baru dan Lama
Pada hari Khamis, 1 Januari 2015 telah diadakan Pendaftaran Murid Baru dan Lama murid pendidikan khas. Sesi Pendaftaran murid baru ini dikendalikan oleh Pn. Salina Bt. Tukiman, Pn. Siti Fatimah Bt. Bakhtiar dan Pn. Sy. Fazliza Bt. Said Ali di Dataran Ilmu bersama dengan pendaftaran Tingkatan 1 aliran perdana. Bagi Pendaftaran murid lama serta bayaran peralatan pula di jalankan di Blok Pengurusan Diri. Sesi pendafatan murid lama dikendalikan oleh Pn. Ummi Hani Bt. Januri dan Pn. Siti Aminah Bt. Kasim. Bagi pembelian peralatan sekolah pula ibu bapa berurusan dengan Pn. Rohaiza Bt. Sujak, Pn. Hidayati Bt. Tunggal dan Pn. Noralizan Bt. Kamari.
Sesi pendaftaran ini bermula dari jam 8 pagi hingga 12.30 tengahari. Seramai 8 orang murid baru telah berdaftar pada tarikh tersebut dan selebihnya ketika persekolahan dibuka. Sesi pendaftaran ini berjalan dengan lancar dengan bantuan semua guru dan ppm yang terlibat.
![]() |
Tuesday, 18 November 2014
Hari Penyampaian Hadiah PPKI SMK Tun Ismail 2014
Selasa, 28 Oktober 2014, merupakan tarikh berlangsungnya Hari Penyampaian Hadiah PPKI SMK Tun Ismail. Majlis tahunan yang diadakan pada setiap tahun ini bermula pada tahun 2008. Pada tahun ini, majlis yang bersejarah ini telah diadakan di Dewan SMK Tun Ismail.
Majlis Penyampaian Hadiah Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Tun Ismail Kali ke-7 ini telah bermula dengan ketibaan perasmi iaitu Tn Pengetua SMK Tun Ismail Tn. Hj Ahmad Bin Isman. Objektif majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Ismail, Parit Raja yang cemerlang dalam kegiatan kokurikulum dan akademik.
Selain itu, majlis ini turut memberi penghargaan kepada para guru dan pembantu pengurusan murid yang banyak memberi sumbangan kepada program ini. Di samping itu, majlis yang diadakan setiap tahun ini juga dapat mengeratkan silaturrahim antara warga PPKI SMK Tun Ismail dengan komuniti tempatan, Pejabat Pelajaran Daerah, pihak sekolah dan ibu bapa.
Subscribe to:
Posts (Atom)